Pages

5 Selebriti Yang Tidak Menamatkan Persekolahan

1. Johnny Depp
Depp berhenti sekolah ketika baru berusia 15 tahun, setahun selepas ibu bapanya bercerai demi memenuhi cita-citanya untuk menjadi bintang Rock. Namun, selepas dua bulan dia memutuskan untuk kembali ke sekolah tapi dihalang pengetuanya yang
menyuruhnya meneruskan hasratnya mendalami muzik.

2. Charlize Theron
Charlizemengalami trauma selepas menyaksikan ibunya menembak mati bapanya yang mabuk kerana mempertahankan diri ketika dia berusia 15 tahun. Dia kemudian bertindak meninggalkan sekolah setahun kemudian dan berlepas ke Milan, Itali selepas ditawar kontrak lumayan menjadi model sepenuh masa.

3. Christina Aguilera
Bintang kecil dengan suara emas, Christina hanya belajar di rumah hingga berusia 13 tahun apabila dia menjadi sebahagian daripada pelakon siri televisyen Disney, The Mickey Mouse Club. Selain Christina, turut serta dalam siri televisyen kanak-kanak itu ialah Britney Spears dan Ryan Gosling.

4. Demi Moore
Demi bersekolah dengan Anthony Kiedis dan Timothy Hutton di sekolah Tinggi Hollywood tapi rakan baiknya, Natassja Kinski berjaya memujuknya untuk berhenti sekolah pada usia 16 tahun.

5. Robert De Niro
De Niro memutuskan berhenti sekolah ketika berusia 16 tahun, memilih untuk berlakon sepenuh masa dan keputusannya itu tidak salah sama sekali kerana dia kini tergolong dalam kumpulan aktor terbaik pernah dilahirkan di Amerika Syarikat.

Credit to Harian Metro

btemplates

0 comments:

Post a Comment

Perlayaran