Pages

0 comments

Cuti Sementara

Ingin bercuti sementara waktu dari aktiviti blog. Jadi blog ini tidak akan diupdate buat sementara waktu. Kalau ada masa kunjungan ke blog - blog sahabat akan dilakukan juga. TQ kepada sahabat yang datang ke blog ini.

3 comments

Spain Menang 1 Bintang - Casillas Meraikannya

Kapten Spain, Iker Casillas  telah memberi hadiah kepada teman wanitanya Sara Carbonero yang merupakan wartawan TV Telecinco semasa ditemubual selepas kemenangan 1-0 Spain keatas Holland. Gol dijaringkan oleh Iniesta pada lewat masa tambahan. Kemenangan Spain ini juga akan membolehkan mereka meletak 1 bintang diatas logo mereka untuk edisi Piala Dunia akan datang di Brasil. Maka Holland mendapat tempat ke2 sekali lagi untuk kali ke3 dalam penampilan final ke3.

3 comments

Tudung Ekspres Lisa Surihani

  
Tudung Ekspres ialah drama terkini Lisa Surihani yang disiarkan di Astro 105. Dalam drama ni kta boleh tengok Lisa Surihani bertudung. Cun beb.  Teringat lak kat Wardina masa mula mula pakai tudung dalam cerita Lagi-Lagi Senario. Cute je. Linda Hashim, Julia Ziegler dan Norliana Samsudin antara yang berlakon bersama dengan Lisa dalam drama ni. Mari kita layan drama ni lak selepas Adamaya dh abes.. Ramadhan pun dah nak dekat kn. Puasa yang patut diganti tu jangan dilupakan ye!

0 comments

Paul the Octopus Vs Mani the Parrot


Paul the Octopus : Aku pilih Spain
Mani the Parrot : Aku pilih Holland 
Yang dok tengah2 : Kalau salah aku bunuh salah sorang!!!

2 comments

Jerman no3 Holland Dengan Spain Nombor Berapa Lak?

 Jerman mengekalkan kedudukan no3 di Piala Dunia seperti 2006. Klose, Podolski, Lahm dan Neuer semua tak main tapi masih boleh menang. 3-2 kemenangan yang dicapai hasil jaringan sensasi Mueller, Jensen dan Khedira.Uruguay pun patut dipuji gak sebab dorang memang layak ke separuh akhir. Dorang main best cuma dorang tak leh menang ngan Jerman je. Sebab pe? Sebab Jerman hebat aha :)

3 comments

Semua Orang Dah Tahu 3

Jerman kalah lagi di separuh akhir. Penguasaan tengah Spain terbukti lebih hebat dari hantaran jauh Jerman. Semua tak menjadi bak kata orang hancus. Tandukan Puyol lak cam haram, laju gila. Tewas 0-1 maka tempat Jerman hanya layak untuk mempertahankan kedudukan tempat ke-3 mereka sahaja.

APA-APA PUN SEMUA ORANG DAH TAHU JERMAN TAK DAPAT MASUK FINAL

4 comments

Semua Orang Dah Tahu 2

Bergambar dulu sebelum menang besar

 Gol pertama : Thomas Mueller (3')

 Gol Kedua : Miroslav Klose (68')

 Gol Ketiga : Arne Friedrich (74')

Gol Keempat : Miroslav Klose (89')

Lupa lak ni pulak mamat (Jersi no 2) yang kutuk Terry patut malu untuk balik rumah selepas kalah 1-4 ngan Jerman aritu bersama member keluar padang selepas kalah lagi teruk dari England.

"Seeing the way Terry played against Germany, if I was Terry I wouldn't be able to go back to my country," said Demichelis.

Sekarang camne nak balik rumah ke tidak? 

* Sekarang semua orang dah tahu kan kan kan kan kan



4 comments

Aku Rindu Padamu - Tribute to Maradona

Rindu giler pasni ngan En Maradona. Pasni takde lagi lah kamera nak fokus lebih lebih kat tepi padang.4-0 beb kena ngan Jerman. ;)

 

Sebelum match " Anak2 murid ingat kita serang je German bukan susah pun.. "

  

"Messi ko wajib score tau malam ni "


" Sume tak guna baik aku je yang main "

 

 " Wei janganlah camni..janganlah bagi kalah..kejarlah ada 3 minit lagi mesti boleh punya"


. "Tak dapat lah aku nak berlari bogel kalo camni "


" Kita dah lunyai jom balik "



5 comments

Semua Orang Dah Tahu


Apa lagi nak dikatakan, England cam budak kampung je masa lawan Jerman. 4-1 membuktikan segala - galanya. Harap - harap pasni leh lawan Argentina baru terbukti kekuatan Jerman. Gol gol dijaringkan oleh Podolski, Muller dan Klose [ Pakcik bermain sangat baik ;) ]. Gol saguhati England lak oleh Upson. Ada 1 gol kontroversi tapi tutup mata jelah kan, 4 gol lebih nampak. Capello boleh letak jawatan pasni, sia2 je renew kontrak aritu. Nak sampai Euro katanya. Cit podah buat malu je. Semua orang dah tahu Jerman :
1. Hebat
2. Bergaya
3. Terbaik
4. Unggul
5. Korang tambah je lah sendiri aha

Terbaik 2 gol dan 1 umpanan



5 comments

Runtuhnya Penjara Pudu


Tepat 10 malam ini, tembok Penjara Pudu di sini yang berusia 100 tahun, setinggi 4.5 meter (m) dan sepanjang 394m yang menghadap Jalan Pudu akan dirobohkan bagi membolehkan kerja pelebaran dan laluan bawah tanah Jalan Pudu dilakukan, bermula 20 hingga 23 Jun ini.


"Setiap hari kita berhadapan dengan masalah kerana tembok ini, sampai ke pejabat pun lambat, maka ini adalah hanya satu perkara yang mana menjadi keutamaan kepada DBK dan kerajaan," kata Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Fuad Ismail kepada pemberita selepas melawat kawasan sekitar Penjara Pudu dan Taman Shamelin Perkasa hari ini.


Sejarah Penjara Pudu
Penjara Pudu atau dahulunya dikenali sebagai Pudu Goal terletak di Jalan Hang Tuah mula dibina pada tahun 1891 di atas tanah seluas 10 hektar. Pembinaan penjara tersebut telah dibuat secara berperingkat dan telah siap sepenuhnya pada tahun 1895.     
   
Tembok penjara telah mula dibina pada Februari 1891 dan siap pada bulan Ogos 1892. Tembok ini dibina daripada batu bata yang dilepa dengan simen yang diimport dari negeri koloni British. Kos bagi pembinaan tembok ini sahaja berjumlah RM 15,360.90 (harga pada tahun 1800an).

Bagi blok pentadbiran dan dapur pula, ia mula dibina pada tahun 1892 dengan kos pembinaan sebanyak RM28,700.00 dan RM 3,775.00 (harga pada tahun 1800an). Pada asalnya bangunan pentadbiran terdiri dua tingkat yang menempatkan pejabat “Gaoler", pejabat kerani, stor, bilik pemeriksaan dan bilik pengawal.
Reka bentuk untuk dapur penjara adalah menyerupai dapur "pauper hospital". Bangunan dapur ini mengandungi sebuah stor dan bilik timbang.    

Sebelum bangunan utama penempatan banduan siap dibina, lima buah bangunan sementara telah dibina bagi menempatkan banduan-banduan yang menjalankan kerja-kerja pembinaan. Bangunan tersebut telah dibina dalam kawasan tembok penjara. Bangunan penempatan utama telah mula dibina pada bulan November, 1891 dan siap pada bulan Mac, 1892. Bangunan penempatan utama ini mengandungi 240 bilik menyerupai Penjara Kandy di Bogambia iaitu berbentuk X dan dibina setinggi tiga tingkat. Setiap blok dipisahkan oleh pintu pagar yang berkunci. Ia dibina dengan harga RM 84,886.00.
   
Pada tahun 1894 sewaktu lawatan Residen British, beliau telah mencadangkan agar dibuat pertambahan sebanyak 54 bilik lagi untuk disambung di Blok C dan D. Kerja-kerja penyambungan ini telah siap dibuat pada tahun 1895.

Blok D telah menempatkan bilik akhir dan bilik gantung. Dari tahun 1960 hingga 1993, seramai 180 pesalah telah menjalani hukuman gantung sampai mati disini.
   
Muatan asal Penjara Pudu pada awal pembinaannya hanyalah seramai 600 orang pesalah. Setelah kemasukan yang kian meningkat, pembinaan baru telah dibuat, sehinggalan penjara ini mampu menampung 2,000 orang pesalah dengan kadar muatan selesa.
Pada tahun 1985 penjara bersejarah ini telah memcatatkan jumlah bilangan banduan yang tertinggi iaitu seramai 6,550 orang pada satu masa. Kesesakan ini memaksa banduan bergilir-gilir (shift) untuk tidur.    
   
Kumpulan banduan yang terawal menghuni penjara ini diambil dari daerah Jugra, Hulu Langat, Banting, Ampang, Klang dan Rawang. Sebelum penjara ini diwartakan sebagai penjara reman, terdapat beberapa kategori banduan telah ditempatkan iaitu banduan jatuh hukum, banduan akhir, banduan buang negeri, banduan buang tempatan, banduan seumur hidup dan banduan seumur hayat.
Penjara berusia lebih seratus tahun ini juga pernah mencatat sejarah hitam yang tersendiri iaitu pada tahun 1985, berlaku penawanan dua orang awam, iaitu Dr. Radzi Jaafar dan Dr. Abdul Aziz Abdul Majid oleh enam orang banduan reman yang diketuai oleh Jimmy Chuah. Penawanan berakhir selepas enam hari setelah banduan menyerah diri    

Kepesatan pembangunan persekitaran yang begitu cepat menyebabkan ciri-ciri keselamatan penjara unik ini semakin tergugat. Penjara Pudu yang sarat menyimpan 1001 kisah dan tauladan kepada Jabatan Penjara dan negara ini terpaksa ditutup pada jam 9.05 pagi 1 November 1996 setelah lebih 100 tahun digunakan. Tapak penjara yang terletak di kawasan segi tiga emas ini akan dibangunkan untuk tujuan komersial oleh Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA) dan sebagai gantinya, UDA telah membina sebuah penjara baru iaitu Penjara Sungai Buluh yang mempunyai keluasan 89.03 hektar yang terletak lebih kurang 36 km dari Kuala Lumpur dan diberikan kepada Jabatan Penjara.

 Artikal diatas adalah hak milik Penjara Malaysia. Korang boleh melawat site ni untuk melihat gambar2 di dalam Penjara Pudu http://www.prison.gov.my


* Mural Penjara Pudu dilukis oleh beberapa banduan yang diketuai oleh Khong Chong Yen dengan menggunakan 2,000 liter cat sepanjang 384 meter dan setinggi 4.5 meter. Ia dilukis pada tahun 1983 dan memakan masa lebih setahun untuk disiapkan dan pernah diiktiraf oleh Guinness Book of Records.

4 comments

Pakcik Tua Buat Hal

Ini semua disebabkan Pakcik Tua kita ni tak dapat mengawal perasaan. Apabila tak dapat bola, dicarinya kaki. Mungkin pakcik kita sudah rabun kot. Ish3 pasni boleh lah dok kat tepi je tengok budak2 muda main bola pula. Pas Piala Dunia ni pakcik boleh besara lah eh.Disebabkan pakcik tua kita ni juga lah semua orang bermain dalam tekanan sampai penalti pun tak leh masuk. Apa yang dah pakcik kita ni buat? Pakcik tua kita ni sudah dapat itu kad merah daripada abang baju hitam daa.. 0 - 1 oklah main 10 orang tak de lah teruk sangat. Keeper Serbia hebat sikit je malam ni.

0 comments

Preview : Germany Vs Serbia

Ramalan Millo : Jerman 2 - 0 Serbia
  

Perspektif Jerman

"Akhbar antarabangsa memberi pujian kepada kami, apabila anda bermain baik anda akan disayangi semua orang, tetapi jika kita kalah 2-0 kepada Serbia, mereka akan mengutuk kita semua, jadi kita perlu berpijak di bumi yang nyata." - Pemain tengah Thomas Mueller

 
Perspektif Serbia

"Ini perlawanan yang sangat sukar bagi kami kerana kami menang dalam pertandingan pertama dan sekarang kami bermain menentang salah satu pasukan calon juara di Piala Dunia. Jerman adalah merupakan pasukan yang sangat kuat dan kita harus menunjukkan bahawa kita boleh bermain melawan pasukan-pasukan besar. " - Bek Branislav Ivanovic 

Jerman dan Serbia tidak pernah berlawan antara satu sama lain di Piala Dunia, tapi semasa dikenali sebagai Jerman Barat dan Yugoslavia, mereka mempunyai sejarah yang panjang. Kedua-dua negara bertemu enam kali dalah tempoh 1954-1998, dengan Jerman Barat menang empat kali. Yugoslavia hanya pernah menang sekali semasa memasuki suku akhir pada 1962 di Chile.

Statistik Piala Dunia

    * Perlawanan : 6
    * Jerman Barat : 4 menang, 1 kalah, 1 seri
    * Yugoslavia : 1 menang, 4 kalah, 1 seri
    * Jaringan : Jerman Barat 11, Yugoslavia 4
    * Perlawanan terakhir : bangsa ini bertemu di Perancis 1998 di babak penyisihan kumpulan ketika mereka berjuang untuk bermain seri 2-2.

Statistik Sepanjang Zaman

    * Perlawanan : 27
    * Jerman Barat / Jerman : 16 menang, 7 kalah, 4 seri
    * Yugoslavia / Serbia dan Montenegro / Serbia : 7 menang, 16 kalah, 4 seri
    * Jaringan : Jerman Barat / Jerman 49, Yugoslavia / Serbia dan Montenegro / Serbia 32
    * Perlawanan terakhir : Serbia vs Jerman di Gelsenkirchen pada tahun 2008. Jerman menang 2-1.

1 comments

Saya Bukan Anti Spain

Saya akan membicarakan tentang Spain dari kaca mata seorang penonton bola sepak. Saya yakin ramai yang akan memilih Spain untuk menjuarai Piala Dunia kali ni selain dari Brazil. Spain memang mempunyai ramai bakat yang boleh membuatkan jurulatih pening untuk memilih barisan utama. Dari segi permainan Spain memang boleh dipuji, penguasaan permainan mereka sangat cemerlang. Permainan mereka sangat kemas. Mereka bermain cantik. Sampai gol pun nak buat yang cantik cantik gak. Itu yang terjadi semasa mereka tewas dengan Swizerland. Umpama perlawanan Inter - Bayern ataupun lebih kepada Inter - Barcelona.

Separuh masa pertama mereka menguasai keseluruhan perlawanan. Banyak peluang terhidang yang disajikan barisan pertahanan Swizerland tapi mungkin diorang nak buat gol cantik. Villa ngan Pique ada peluang yang sangat cantik untuk menjaringkan gol tetapi tidak dapat disudahkan menjadi gol.


Separuh masa kedua pula, setelah Swizerland menjaringkan gol, mereka bermain secara bertahan dengan 8 orang pemain turun ke kawasan pertahanan seperti mana dilakukan Inter ketika melawan Barcelona. Memang susah untuk ditembusi sekiranya kotak penalti dah tak muat lagi untuk barisan penyerang Spain. Akhirnya mereka tewas 0-1. 


Kejutan untuk pasukan pilihan pertama yang diramal menjuarai Piala Dunia 2010. Tetapi masih ada 2 perlawanan lagi untuk peringkat kumpulan ini, saya yakin mereka boleh memenangi kedua - dua nya sekiranya mereka dapat mengunakan peluang sebaik mungkin.

Bagi saya mereka tidak lagi pasukan yang mantap dari segala segi berbanding pasukan yang menjuarai Euro 2008 kerana mereka tidak lagi dibimbing jurulatih Skuad 2008.

Saya penyokong Germany!!
Tapi Steward John cakap ~ jangan confident sangat geng.  

4 comments

Germany Pilihan Di Hati

b
Dapat hadiah Rm 250!! Join saje kontes Demam Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan yang dianjurkan oleh Denaihati ni. ehe
 
Biasalah pasukan pilihan dah tentulah Germany. Dengan barisan pemain muda yang ghairah di tengah padang untuk menjaringkan bersama - sama pemain senior yang berpengalaman, dah tentu Germany akan memenangi Piala Dunia mereka yang ke 4. Tanpa Ballack skuad ni tak kan ada masalah kerana ramai yang layak mengganti tempat mantan kapten Germany ni. Pasukan pun telah menjadi lebih stabil dengan mengamalkan corak menyerang, best tengok match Germany.

Sebenarnya ramai yang ragu ragu ngan barisan yang dipilih Joachim Low. Yelah Podolski, Klose ngan Gomez sume tak dapt tempat kat Bayern Munich sampaikan Podolski pun kua. Tapi Loew telah buktikan pemain - pemain ni terbaik sekiranya diguna di tempat yang betul. ;)


Ini adalah senarai pemain Germany 2010:
Manuel Neuer (Schalke), Tim Wiese (Werder Bremen), Hans-Jorg Butt (Bayern Munich); Dennis AogoHolger Badstuber (Bayern Munich), Jerome Boateng (Hamburg), Arne Friedrich (Hertha Berlin), Marcell Jansen (Hamburg), Philipp Lahm (Bayern Munich), Per Mertesacker (Werder Bremen), Serdar Tasci (Stuttgart); Sami Khedira (Stuttgart), Toni Kroos (Bayer Leverkusen), Marko Marin (Werder Bremen), Mesut Ozil (Werder Bremen), Bastian Schweinsteiger (Bayern Munich), Piotr Trochowski, (Hamburg), Cacau (Stuttgart), Mario Gomez (Bayern Munich), Stefan Kiessling (Bayer Leverkusen), Miroslav Klose (Bayern Munich), Thomas Muller (Bayern Munich), Lukas Podolski (Cologne).

Hari ni baru je tempah jersey Germany cap Padang Besar kat kawan ahaha. Tunggu je dia post ke rumah. Pasni boleh lah bergaya ngan jersey siam Germany haha

Apa2 pun Germany akan menang Piala Dunia 2010 nih ;)

Perlayaran