Pages

Di sebalik nama MV Rachel Corrie

 Aliene Rachel Corrie

Aliene Rachel Corrie (April 10, 1979 - 16 Mac 2003) adalah seorang ahli American International Solidarity Movement (ISM). Dia telah mati dilanggar oelh jentolak Angkatan Pertahanan Israel (IDF) di Semenanjung Gaza semasa sedang berlutut di depan rumah penduduk tempatan Palestin sambil bertindak sebagai perisai manusia dalam usaha mencegah pasukan IDF dari menghancurkan rumah tersebut. IDF telah mendakwa bahawa kematian disebabkan oleh sudut pandangan terhad pemandu jentolak Caterpillar IDF D9, sementara saksi ISM berkata "tidak ada yang mengaburkan pandangan pemandu".Dia juga seorang mahasiswa di Evergreen State College yang mengambil cuti selama setahun untuk ke Semenanjung Gaza semasa Intifada Kedua.
Caterpillar IDF D9

Pada 30 Mac 2010, sebuah kapal seberat 1800 tan telah dibeli lelong di Dundalk, Ireland beharga 70.000 € oleh  Gerakan Pembebasan Gaza. Kapal tersebut yang akan digunakan dalam perjalanan misi bantuan ke Gaza telah dinamakan MV Rachel Corrie sempena memperingati Rachel Corrie dan dilancarkan pada 12 Mei 2010. Walaubagaimanapun kapal ini telah ditawan Yahudi pada 5 Jun 2010 semasa menghampiri Semenanjung Gaza.


 MV Rachel Corrie

btemplates

2 comments:

k0k s3n w4i said...

Read about the name's origin in the BBC news report which covered MV Rachel Corrie earlier today :)

LyNn HaMzAh said...

tq for the info...

Post a Comment