Pages

Fakta Menarik Mengenai Piala Dunia FIFA

Piala Dunia pertama diadakan pada tahun 1930 dan diadakan setiap empat tahun kecuali 1942 dan 1946 kerana Perang Dunia II.Pada tahun ini ianya akan berlangsung di bumi afrika buat pertama kalinya iaitu di Afrika Selatan. Ramai yang telah tahu Brazil telah memenangi lima kali Piala Dunia dan Ronaldo memegang rekod penjaring gol terbanyak Piala Dunia dengan 15 gol. Namun ada beberapa fakta lain yang menarik mengenai Piala Dunia.
Gol Pertama
Piala Dunia pertama diadakan di Uruguay pada tahun 1930. Ramai yang menganggap Pemain USA Bart McGee menjaringkan gol pertama di Piala Dunia ketika melawan Belgium pada minit ke-40. Tapi perselisihan berlaku dan FIFA mengesahkan gol pertama dijaringkan oleh pemain Perancis Lucien Laurent pada minit ke-19 ketika melawan Mexico pada 13 Julai 1930.


Kad Merah Pertama
Sistem kad merah dan kuning diperkenalkan pada Piala Dunia 1974. Pemain pertama yang menerima kad merah ialah pemain Chile Carlos Caszely pada tahun 1974 ketika menentang Jerman Barat pada minit ke-67.

Pemain Termuda
Pemain termuda yang bermain dalam sebuah perlawanan Piala Dunia ialah pemain Ireland Utara Norman Whiteside yang diturunkan ketika melawan Yugoslavia pada tahun 1982. Ketika itu dia berusia 17 tahun 41 hari.



Kehadiran Terbesar
Kehadiran tertinggi bagi satu perlawanan ialah pada perlawanan akhir 1950 antara Brazil dan Uruguay di Rio de Janeiro, Brazil. Kehadiran rasmi yang dikeluarkan FIFA ialah 199.854 orang.



Pasukan Yang Menjaringkan Gol Terbanyak
Pasukan Hungary telah menjaringkan sebanyak 27 gol di Piala Dunia 1954. Hungary telah melangkah sehingga final pada tahun tersebut tetapi kalah dengan pasukan Jerman Barat 3-2.

Pasukan Yang Paling Banyak Tersingkir di Pusingan Pertama
Scotland telah memegang rekod dengan lapan kali tersingkir pada tahun 1954, 1958, 1974, 1978, 1982, 1986, 1990 dan 1998.

btemplates

2 comments:

HUDA said...

hehhe~ memang menarik bagi aku yg xpenah tengok bola ;)

[expect] the un[expect]ed

millo said...

xpernah tgk ke?mesti pnh gak kn sket2 ehe

Post a Comment