Pages

Saya Bukan Anti Spain

Saya akan membicarakan tentang Spain dari kaca mata seorang penonton bola sepak. Saya yakin ramai yang akan memilih Spain untuk menjuarai Piala Dunia kali ni selain dari Brazil. Spain memang mempunyai ramai bakat yang boleh membuatkan jurulatih pening untuk memilih barisan utama. Dari segi permainan Spain memang boleh dipuji, penguasaan permainan mereka sangat cemerlang. Permainan mereka sangat kemas. Mereka bermain cantik. Sampai gol pun nak buat yang cantik cantik gak. Itu yang terjadi semasa mereka tewas dengan Swizerland. Umpama perlawanan Inter - Bayern ataupun lebih kepada Inter - Barcelona.

Separuh masa pertama mereka menguasai keseluruhan perlawanan. Banyak peluang terhidang yang disajikan barisan pertahanan Swizerland tapi mungkin diorang nak buat gol cantik. Villa ngan Pique ada peluang yang sangat cantik untuk menjaringkan gol tetapi tidak dapat disudahkan menjadi gol.


Separuh masa kedua pula, setelah Swizerland menjaringkan gol, mereka bermain secara bertahan dengan 8 orang pemain turun ke kawasan pertahanan seperti mana dilakukan Inter ketika melawan Barcelona. Memang susah untuk ditembusi sekiranya kotak penalti dah tak muat lagi untuk barisan penyerang Spain. Akhirnya mereka tewas 0-1. 


Kejutan untuk pasukan pilihan pertama yang diramal menjuarai Piala Dunia 2010. Tetapi masih ada 2 perlawanan lagi untuk peringkat kumpulan ini, saya yakin mereka boleh memenangi kedua - dua nya sekiranya mereka dapat mengunakan peluang sebaik mungkin.

Bagi saya mereka tidak lagi pasukan yang mantap dari segala segi berbanding pasukan yang menjuarai Euro 2008 kerana mereka tidak lagi dibimbing jurulatih Skuad 2008.

Saya penyokong Germany!!
Tapi Steward John cakap ~ jangan confident sangat geng.  

btemplates

1 comments:

ayin~weeweet said...

OMG....

saya pon penyokong BESAR PUNYA kepada GERMANY..hahaha tabik toin toin sama itu GERMAN hahaha

Post a Comment